Murid Maut Dipatuk Ular: SOP Keselamatan Sekolah Disemak

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di kawasan sekolah berikutan kes murid Tahun Satu maut digigit haiwan berbisa dipercayai ular dalam kawasan taman sekolahnya di Kelantan, pada Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata kementerian akan mengambil langkah perlu bagi memperketatkan SOP keselamatan sedia ada agar kejadian sama tidak berulang.

"Kita sangat sedih dengan apa yang berlaku, kadang-kadang kejadian tidak kita duga, tetapi kementerian akan melihat langkah-langkah perlu agar SOP keselamatan dalam kawasan sekolah dapat diperketatkan lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada Selasa, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat digigit haiwan berbisa dipercayai ular ketika waktu rehat.

Nuriey digigit haiwan berbisa itu di betis kiri ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya, kira-kira pukul 10 pagi.

Kamalanathan berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan siasatan bagi mengetahui keadaan sebenar kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan pelbagai pihak termasuk kementerian itu akan siap dalam masa terdekat dan meminta ia disegerakan.

Dalam pada itu, Kamalanathan mengingatkan pihak sekolah yang berada dalam kawasan bercuaca panas melampau supaya menangguhkan sebarang aktiviti luar sekolah.

Katanya, aktiviti luar bagi sekolah terlibat adalah dilarang sama sekali bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid.

"Tidak boleh. Saya ingin ulang sekolah yang mana dalam kawasan cuaca panas, tidak dibenarkan melakukan aktiviti luar bilik darjah, jika ingin teruskan boleh dibuat dalam dewan atau batalkan aktiviti," katanya.

Tambahnya, kementerian kini memantau keadaan cuaca setiap hari bagi memastikan keputusan penutupan sekolah yang terlibat boleh dibuat lebih awal.

Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan kesemua sekolah di Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup selama dua hari bermula hari ini berikutan suhu di kedua-dua daerah itu didapati mencatat bacaan 38 darjah Celsius.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan