Sesi Pembugaran Emosi Murid Sekolah Dato' Hashim 1

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 6:23 PM

Ruslan Ghazali, 33, (dua, kanan) menyiram air mawar di pusara anaknya Nuri Nadirah yang meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular di perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 pada Selasa.Turut hadir Isterinya Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28,( kanan) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 1,300 murid Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa pada Rabu menjalani program pembugaran emosi bersama 15 kaunselor dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebagai usaha memulihkan semangat murid.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Jaafar Ismail berkata tindakan segeraitu diambil bagi memastikan murid-murid sekolah berkenaan berada dalam emosi stabil dan tidak mengalami trauma susulan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat digigit haiwan berbisa, semasa waktu rehat di sekolah itu pada Selasa.

Nuriey Nadhirah Roslan, 7, meninggal dunia akibat gigitan di betis kirinya ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya pada waktu rehat.

Murid itu disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. 

"Saya bersama kaunselor pada pagi ini telah pergi dari kelas ke kelas untuk berkomunikasi dengan murid-murid dan didapati mereka ceria dan tiada kemurungan.

"Langkah ini perlu diambil apabila berlaku insiden yang melibatkan murid disekolah. Kami sedaya-upaya memberi sokongan agar emosi murid tidak terganggu, mengelakkan mereka berperasaan sedih atau bimbang," katanya ketika dihubungi Bernama

Jaafar berkata usaha itu akan dilakukan secara berterusan mengikut keperluan berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak sekolah. 

Ibu bapa juga turut memberikan kerjasama yang baik, katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah itu Rohani Rajab berkata sesi pembugaran emosi itu diadakan sebaik sahaja pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula awal pagi ini.

Beliau juga berkata pihak sekolah giat mengadakan gotong-royong sejak Selasa dengan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Kelantan.

"Sehingga saat ini, haiwan tersebut tidak dijumpai. Pihak sekolah akan mengadakan pengawasan yang lebih tinggi bagi memastikan keselamatan murid-murid," katanya.

Jenazah Nuriey Nadhirah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Che Latiff, Jalan Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan pukul 9.45 pagi ini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan