Serpihan Dari Mozambique Hampir Pasti Milik MH370

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah daripada sayap pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu.

"Penstensilan pada kedua-dua bahagian serpihan memberikan penyiasat bukti hubung kait. Fon dan warna pada nombor yang distensilkan pada bahagian pertama menyamai apa yang dibangunkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines.

Bahagian kedua mengandungi perkataan 'No Step' dengan penstensilan konsisten dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan sebuah pengikat yang dipasang pada bahagian itu membuktikan hubung kait serpihan berkenaan dengan talian pengeluaran pesawat itu," kata beliau dalam satu kenyataan media di dalam laman sesawang kementerian itu pada Rabu.

"Saya berterima kasih dengan pasukan daripada ATSB, Geoscience Autralia, Boeing dan Australian National University di atas tugas mereka," katanya.

Chester berkata pencarian pesawat hilang itu diteruskan di 20,000 km persegi terakhir.

Beliau berkata kapal China Dong Hai Jiu 101 yang terlibat dalam pencarian akan digerakkan semula ke kawasan itu selepas penemuan semula peralatan sonar yang hilang dalam pencarian sebelum ini.

"Pada 21 Mac kegagalan penyambung kabel penunda mengakibatkan kehilangan  peralatan sonar daripada Dong Hai Jiu 101," katanya.

Chester berkata beliau merasa gembira kerana peralatan sonar itu telah berjaya dikeluarkan dari dasar lautan.

"Ia akan diperiksa dan diuji sebelum kapal itu kembali ke kawasan pencarian," katanya.

Kedua-dua serpihan itu ditemukan berasingan di Mozambique pada Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, usaha mencari dilakukan di selatan Lautan Hindi yang mana laluan penerbangan MH370 dipercayai berakhir. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , Mozambique

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan