"Saya Tak Pernah Diberitahu Tentang Caj Pendingin Hawa" - Pelanggan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelanggan yang memuat naik gambar bil dari sebuah restoran yang mengenakan 'caj pendingin hawa' mendakwa tidak pernah diberitahu mengenai caj itu sehinggalah beliau melihat bil yang diberikan kepadanya.


Bagaimanapun, perunding hartanah Chevlyn Ong berkata pihak pengurusan akhirnya mengenepikan caj tersebut selepas tawar-menawar dilakukan.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan memuat naik gambar itu di media sosial bertujuan memberi amaran kepada orang lain bahawa restoran itu mengenakan caj terhadap pelanggan yang menggunakan bilik berhawa dingin.

Ong berkata beliau terkejut apabila posting itu menjadi viral.

"Saya melakukannya untuk memberi kesedaran, bukan untuk menjatuhkan perniagaan restoran itu. Saya masih mempromosikan sate dan jus mangganya.

"Tetapi sekarang, saya tidak fikir saya boleh kembali ke situ. Disenaraihitam," seloroh pelanggan tetap sebuah restoran di Taman Lucky, Bangsar itu.

Walau bagaimanapun, Ong mendakwa cerita daripada pihak restoran itu adalah tidak tepat, menyatakan hanya terdapat empat orang dalam kumpulan itu dan mereka tidak melakukan tempahan awal bilik seperti yang didakwa pihak pengurusan.

Beliau juga berkata restoran itu juga tidak memberitahunya tentang caj penyaman udara, dan hanya mendapat tahu mengenainya apabila pelayan menunjukkan bil ketika dia sedang makan.

"Hari itu sangat panas dan kami mengambil keputusan untuk makan di dalam bilik penghawa dingin. Saya tidak tahu ia adalah seksyen makan eksekutif dan kami tertanya-tanya mengapa tidak ada orang yang duduk di situ," katanya.

Posting beliau, yang telah dimuat naik ke Facebook pada 15 April menggemparkan pengguna Internet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata restoran itu akan disiasat, tetapi berkata bayaran itu tidak menyalahi undang-undang selagi mereka menerangkan tentang caj itu kepada pelanggan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan