Finalis APO2016: Orang Ikut Sebab Benci - Amran Fans

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 8:00 AM

Beberapa gambar 'Amran' menggunakan teknik 'superimpose'. Foto Facebook Amran Fans

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selebriti Internet, Amran Fans mengakui majoriti pengikutnya adalah terdiri daripada ‘haters’ yang bencikan status atau kenyataannya yang dimuat naik di media sosial.

Bagaimanapun menurut individu yang identitinya masih menjadi tanda tanya itu, dia hanya menjadi dirinya sendiri dalam mengutarakan pandangan berhubung pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan netizen.

"Amran tak rasa Amran famous (terkenal). Orang follow Amran bukan sebab Amran famous, tapi sebab bencikan kata-kata Amran.

“Kata-kata Amran itu yang membuatkan mereka tertusuk rasa pedih melekat dalam ulu hati,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Amran atau lebih dikenali sebagai Meran di kalangan netizen pernah mencetuskan kontroversi termasuk bertelagah dengan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Amran mencabar Nurulhidayah untuk bekerja sebagai operator khidmat panggilan bagi menyahut cabaran bapanya supaya rakyat Malaysia melakukan “kerja kotor, sukar dan bahaya”.

Dia juga tidak ketinggalan mengulas mengenai pelbagai isu termasuk kontroversi menyusu anak di khalayak ramai, wang hantaran yang mahal dan terbaharu berita mengenai seorang gadis bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah di depan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Kenyataannya yang dilihat sinis mengundang pelbagai maklum balas netizen.

Sementara itu ketika ditanya sama ada dia sememangnya mempunyai perwatakan yang kasar, berfikiran negatif serta suka ‘cakap lepas’, Amran sebaliknya berkata perlakuannya adalah sama seperti pihak yang sering mengkritiknya.

"Setiap orang pernah bercakap atau mengeluarkan perkataan negatif. Amran sama seperti mereka.

"Kalau itu sikap Amran, maka sikap Amran sama seperti mereka,” kata Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook.

Selain itu Amran menolak dakwaan kononnya dia bersikap sedemikian di laman sosial kerana mahu menarik perhatian netizen.

"Kalau Amran nak menarik perhatian orang ramai. Baik Amran berbogel dan lari di depan KLCC,” katanya.

Sempena Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016), Amran Fans merupakan top 5 bagi kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Menerusi acara anjuran mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi itu, Amran bakal berentap dengan empat lagi finalis iaitu Faizdickie, Ucopppp, Luqman Podolski dan Mat Luthfi.

Pengundian APO2016 masih dibuka dan boleh dibuat menerusi http://apo.mstar.com.my/undi.aspx

Tags / Kata Kunci: APO2016 , Amran Fans

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan