Rayani Air: Lapan Syarikat Minat 'Pam' Dana

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak lapan syarikat berminat untuk melabur antara RM50 juta hingga RM100 juta dalam syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air. 

Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan daripada empat pelabur pada minggu lalu. 

Katanya, semakin banyak pihak mula menyuarakan minat untuk mendapatkan pegangan saham di Rayani Air kerana menganggap syarikat itu berpotensi berkembang.

“Saya sedia melepaskan 51 peratus pegangan saham kepada pelabur yang benar-benar berminat untuk memberi suntikan dana.

“Saya mahu pelabur ini menguruskan perjalanan Rayani Air dengan lebih baik. Malah lebih baik daripada apa yang saya lakukan. Impian saya adalah mahu melihat Rayani Air terus berkembang,” katanya ketika ditemui mStar Online di pejabatnya di sini, Rabu.

Pada Selasa, portal berita ini melaporkan Ravi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air bersedia untuk melepaskan sebahagian pegangan sahamnya kepada mana-mana pelabur demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang dan kekal relevan dalam industri.

Ravi berkata, lapan syarikat itu terdiri daripada tujuh pelabur tempatan dan satu pelabur asing, manakala tiga daripadanya berpengalaman dalam industri penerbangan.

"Ketika ini, semua pelabur yang menyuarakan minat mereka sedang meneliti segala butiran syarikat meliputi operasi, pengurusan, kewangan dan aset.

“Pada masa sama, kami turut meneliti potensi mereka untuk membuat pelaburan,” ujar Ravi.

Beliau menambah, setakat ini, setiap pelabur menawarkan suntikan dana antara RM50 juta sehingga RM100 juta bagi fasa pertama pengembangan operasi Rayani Air.

Ditanya bilakah rundingan mengenai pelabur akan dimuktamadkan, beliau menjangkakan ia akan diselesaikan secepat mungkin.

“Kita berharap ia dapat dimuktamadkan secepat mungkin, sebelum inkuiri ke atas Rayani Air pada 12 Mei ini,” ujar Ravi.

Inkuiri ke atas Rayani Air susulan pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai penggantungan operasi Rayani Air selama tiga bulan, berkuat kuasa 11 April lalu.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Ravi Alagendrran

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan