1MDB Sedia Bantu Siasatan Pihak Berkuasa Asing

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengulangi kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa asing bagi membantu sebarang siasatan berkaitan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ini syarikat itu belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa asing berhubung siasatan itu," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

"Kami secara jelas dan terbuka telah menyatakan yang jika kami dihubungi atau diminta untuk membantu, kami akan bekerjasama sepenuhnya, tertakluk kepada protokol antarabangsa berkaitan hal-hal seperti itu," katanya dalam temubual Bloomberg TV Malaysia pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada 1MBD akan memberi bantuan atau penjelasan kepada mana-mana pihak berkuasa antarabangsa jika diminta, selepas beberapa negara dilaporkan sedang menyiasat syarikat dana pelaburan negara itu.

Kepada soalan mengenai obligasi kewangannya, Arul Kanda berkata, beliau menjangka pembayaran faedah akan dibuat kepada pemegang bonnya ketika ia memasuki tempoh penangguhan lima hari.

Menghadapi risiko kemungkiran bon, beliau menegaskan yang lebihan tunai semasa 1MDB kini berjumlah kira-kira US$550 juta (RM2.12 bilion) atau 11 kali ganda US$50 juta (RM192.5 juta) sebagai faedah yang perlu dijelaskan pada 18 April.

Syarikat itu kini dalam pertikaian dengan dana kekayaan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), yang sebelum ini bersetuju membayar fedah ke atas bon terlibat.

Arul Kanda berkata, beliau mengharapkan satu penyelesaian yang baik.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan