Tuaian Pertama Raja Buah Dijangka Mei

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Pencinta durian pastinya tidak sabar untuk menikmati keenakan raja buah itu kerana kumpulan pertama durian D604 dan Kunpoh Angbak dijangka memasuki pasaran bermula 1 Mei ini.

Pemilik Kebun Durian Bao Sheng, Chang Teik Seng berkata ia akan diikuti oleh durian Lipan, D600, Kapri, Little Red, D11, Horlor, Kulit Hijau, Ang Bak, Kunjit, Lim Fong Jiao, dan Mausan.

"Semua jenis durian itu boleh didapati dari Mei manaka beberapa jenid lagi dijangka boleh dituai pada sekitar Jun dan Julai.

"Pada bulan Jun, Duri Hitam, D99, Bak Eu, D15 dan Ganjau boleh didapati sementara Udang Merah hanya akan mula dijual dari 10 Julai," katanya di sini, Isnin.

Walaupun berhadapan cabaran cuaca kering dan mengalami penurunan sebanyak kira-kira 40 peratus hasil tuaian, Chang berkata dia bernasib baik kerana pokok duriannya tidak terjejas - terima kasih kepada kaedah pertanian organik yang digunakannya sejak kira-kira 20 tahun yang lalu.

"Dengan mengamalkan pertanian organik, pokok durian saya hidup dan bertahan lebih lama, dan tidak terjejas teruk oleh mana-mana perubahan cuaca.

"Mereka juga tidak diserang penyakit dengan begitu mudah. Cacing dan pepijat di dalam tanah organik juga membantu menjaga supaya ia kekal lembap.

"Rumput yang bebas daripada racun perosak boleh menambah kelembapan tanah.

"Jika ia terlalu panas, bunga akan kering tetapi jika terdapat terlalu banyak air, bunga akan terus berkembang. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya akan jatuh dengan sendiri jika terlalu basah," kata Chang.

Dia berkata adalah memadai untuk pokok durian jika hujan turun selama setengah jam setiap minggu.

"Jika hujan terlalu banyak atau tiada hujan langsung dalam seminggu, ia tidak baik.

"Jika ia turun dengan lebat...10 minit sudah cukup," katanya.

Tags / Kata Kunci: Durian , Raja Buah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan