Smart Lokap Tingkat Sistem Kawalan Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 daripada 704 lokap di seluruh negara telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) pintar yang akan diaplikasikan dengan Teknologi Pelaporan Analisis Pemantau Sendiri (SMART) bagi mempertingkatkan sistem kawalan keselamatan pusat tahanan banduan.

Projek bernilai RM3.5 juta itu adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIMOS Berhad di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknolgi PDRM, Datuk Zaleha Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata melalui SMART Lokap, penekanan akan diberi kepada penggunaan teknologi terkini dan baharu berbanding penggunaan CCTV konvensional.

"PDRM kini bergerak ke arah 'Internet of Thing' dan 'Big Data'," katanya.

Sistem SMART Lokap dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Zaleha berkata di bawah Sistem SMART Lokap, CCTV akan ditempatkan dalam setiap lokap dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang pergerakan atau perilaku yang mencurigakan oleh tahanan atau pihak lain.

"Antara aktiviti yang dapat dikesan melalui CCTV pintar itu adalah seperti tindakan agresif, memanjat dan melepak di samping menyediakan keterangan forensik bagi mengoptimumkan produktiviti dan pengoperasian lokap.

"Melalui perkara-perkara ini PDRM akan dapat meningkatkan sistem pengurusan lokap berpusat di setiap kontinjen dan memastikan keselamatan tahanan sementara menunggu prosedur undang-undang yang seterusnya," kata beliau.

Zaleha berkata PDRM berharap dengan adanya sistem yang lebih efisien itu, pemantauan dan kawalan keselamatan di lokap akan dipertingkatkan bagi mengelak insiden-insiden tidak diingini berlaku.

Tags / Kata Kunci: Smart Lokap , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan