El Nino: Sekolah Di Jerantut, Kuala Krai Ditutup Dua Hari

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup selama dua hari mulai esok sehingga Khamis berikutan cuaca panas dan kering.  

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di sini berkata pemantauan mendapati kedua-dua daerah itu telah mencatat suhu melebihi 37 darjah celsius pada satu-satu masa, setiap hari dan melebihi 72 jam. 

"Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini," kata kenyataan itu. 

Penutupan itu melibatkan 119 buah sekolah iaitu 30 sekolah menengah dan 89 sekolah rendah. 

Ia turut melibatkan 41,665 murid iaitu 38,849 murid sekolah menengah dan rendah, serta 2,816 murid pra sekolah.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan tidak perlu diganti. 

Bagaimanapun, operasi pentadbiran sekolah hendaklah berjalan seperti biasa. 

Kementerian turut meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pahang, serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut dan PPD Kuala Krai mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan sekolah itu.  

"Kerjasama para ibu bapa dan penjaga juga diminta untuk mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing semasa tempoh penutupan sekolah ini," katanya. 

Katanya, kementerian akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa mengenai sebarang perubahan berkaitan fenomena itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: El Nino , Sekolah Tutup

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan