PRN Sarawak: Adenan Mahu Calon BN Menang Lebih Besar

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 8:48 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Barisan Nasional (BN) Sarawak mahu semua 82 calonnya dalam pilihan raya negeri ke-11 mengetepikan perbezaan politik mereka untuk memastikan mandat lebih besar pada pengundian 7 Mei ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang juga pengerusi BN negeri berkata fokus utama kini adalah bersatu sepenuhnya kerana semua calon, termasuk calon langsung BN, bertanding menggunakan lambang BN yang sama.

"Ini adalah Pasukan Adenan, undilah mereka," katanya pada majlis perhimpunan dengan staf Samling Group of Companies di sini pada Selasa.

Beliau berkata kehadiran calon langsung BN daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), satu daripada parti komponen BN negeri, pada majlis hari ini merupakan tanda positif bagi BN Sarawak.

Adenan merujuk kepada dua calon langsung BN, Datuk Hii King Chiong (bagi kerusi Pujut) dan Rosey Yunus (Bekenu) yang menghadiri majlis itu bersama-sama Datuk Sebastian Ting dan Datuk Lee Kim Shin, calon SUPP bagi kerusi Piasau dan Senadin. 

Barisan calon BN Sarawak terdiri 40 daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 13 daripada SUPP, 11 daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), lima daripada Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan 13 calon langsung BN. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Adenan Satem , BN , PRN

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan