Mangsa Histeria Dakwa Nampak Pontianak

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 10:10 AM

TENANG... Seorang pengawal keselamatan menutup pintu pagar SMK Kemumin sementara kelihatan pelajar berkumpul di surau sekolah untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran selepas sekolah ini diserang histeria.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Beberapa orang pelajar sekolah di Kelantan yang diserang histeria mendakwa mereka melihat bayangan hantu sebelum pengsan.

Kumpulan pelajar itu mendakwa mereka melihat bayangan gelap menyerupai perempuan hodoh seperti pontianak.

Fatin Nor Atikah, 17, dari SMK Pengkalan Chepa 1 berkata, dia dirasuk sebanyak dua kali dalam tandas sekolah ketika belajar di tingkatan tiga dan empat.

Dalam kedua-dua insiden itu, dia melihat bayangan hitam yang sukar digambarkan dengan lebih tepat.

"Hantu itu begitu hodoh, saya terkena sawan dan kemudiaannya berasa lumpuh sebelum pengsan dan dipengaruhi kuasa ghaib.

"Bagi kedua-dua kes, saya pengsan selama beberapa jam. Saya kemudiannya dikejutkan oleh seorang ustaz di sekolah.

"Pengalaman itu menakutkan dan setiap kali saya pergi ke tandas, saya membawa rakan bersama-sama. Jika tidak, saya mengelak untuk pergi ke tandas," katanya.

Fatin adalah salah seorang daripada ramai pelajar diserang yang histeria - melanda beberapa buah sekolah di negeri ini sejak minggu lalu.

Kejadian terburuk berlaku di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 11 April lalu apabila lebih 100 pelajar dan guru diserang histeria.

Akibatnya sekolah itu menghentikan proses pembelajaran tiga hari kemudian.

Selepas itu lapan lagi pelajar di sekolah berkenaan telah diserang histeria selepas solat pada Ahad.

Sejak itu tiga lagi sekolah terjejas - SMK Pengkalan Chepa 1 (lima murid perempuan), SMK Kemumin (20 pelajar) dan SMK Kubang Kerman 3 (lapan pelajar).

Sehingga kini, lebih daripada lapan ustaz, bomoh dan pakar perubatan Islam telah datang untuk membantu.

Mereka mendakwa akan mengusir roh-roh yang dikatakan berada dalam kawasan sekolah.

Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, Raja Nor Atirah Hurmaishah berkata dia dirasuk selepas melihat pontianak di dalam tandas sekolah pada Rabu lalu.

"Saya tidak percaya apa yang saya lihat, tapi kedua-dua tangan saya mula berasa kebas dan kemudian fikiran saya menjadi kosong.

"Saya cuba untuk memanggil meminta tolong tetapi tidak dapat membuka mulut, selepas itu semuanya nampak gelap," katanya.

Tags / Kata Kunci: Histeria , Pontianak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan