Keluarga Dibawa Bertemu Nelayan Malaysia Di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 8:08 PM

Ahmad Shabery Cheek

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan mengatur pertemuan anggota keluarga dengan dua nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dalam masa terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Wisma Putra akan menguruskan dokumen perjalanan anggota keluarga itu dan mencari tarikh sesuai membawa mereka bertemu nelayan berkenaan.

"Pada pertemuan dengan keluarga mangsa pada Selasa, mereka minta kementerianmembawa berjumpa mangsa...kita (kementerian) akan gunakan saluran diplomatik dengan pihak kerajaan Indonesia untuk mempertemukan mereka.

"Apapun tindakan yang akan dilakukan, kita perlu faham dan hormati undang-undang Indonesia," katanya dalam sidang media selepas bertemu keluarga nelayan berkenaan di Wisma Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, Selasa.

Pada Mac lepas, tiga bot nelayan dan anak kapalnya dari kawasan perairan Selangor ditahan pihak penguat kuasa Indonesia ketika menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mahu kementeriannya menyegerakan penyediaan pelbagai pilihan yang boleh digunakan untuk tujuan pengairan tanaman berikutan fenomena cuaca panas melampau dan kering yang melanda negara kini.

Beliau menulas cadangan kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menangguhkan kemasukan air bagi pertanian sawah di Kerian berikutan fenomena itu.

"Kita minta pihak kementerian menyegerakan penyediaan pilihanlain termasuk perigi tiub supaya ia boleh digunakan untuk tujuan pengairan tanaman.

"Mungkin ini tak sesuai digunakan untuk sawah tapi sesuai untuk tanaman buah-buahan, boleh juga untuk siram pokok dan sebagainya," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan