Tuduhan Mat Sabu Polemik Politik

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 10:52 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu kononnya Malaysia telah dibeli Arab Saudi untuk menyertai blok besar di Timur Tengah adalah tidak berasas sama sekali.

Tuduhan itu merupakan tindakan polemik politik semata-mata, kata Hishamuddin ketika menjawab tuduhan itu berikutan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab pertanyaan pemberita, Hishammuddin berkata tuduhan itu merupakan 'spin politik' pihak tertentu dan jawapan yang diberikan mereka juga adalah pelbagai serta berubah mengikut waktu.

"Saya konsisten dari dahulu dalam apa juga tuduhan dan seharusnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai pengesahan daripada pihak berkenaan.

"Isu politik, kalau betul kita telah dibeli buktikan...tiada bukti jangan cakap," katanya selepas merasmikan Malaysian Defence and Security (MDaS) Hall and Networking di sini, Isnin.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu seharusnya tidak diperbesarkan.

"Lebih baik kita tengok kepada perkara yang membina, isu keselamatan dan pertahanan dunia yang menjadi cabaran besar kepada semua pemimpin dunia," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan