'Trak Perang' SUPP Meriahkan Kempen Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) melancarkan  jentera ceramah mudah alih versinya sendiri bagi membolehkan pemimpin-pemimpin parti dan mereka yang berkempen untuk 'singgah dan parkir' di mana-mana lokasi ketika perhimpunan politik diadakan.

Digelar 'SUPP War Truck' (Trak Perang SUPP), pusat perhimpunan mudah alih itu datang dalam bentuk kargo lori yang diubahsuai  yang boleh memuatkan sehingga 20 orang di pentas terbuka.

Ia dilengkapi dengan pembesar suara dan sistem audio-visual.

Trak ini diperkenalkan kepada orang ramai untuk kali pertama di Miri dan telah menarik perhatian orang ramai.
Tags / Kata Kunci: SUPP , trak perang , PRN Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan