Tindakan Tegas Terhadap Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah - Kamalanathan

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 11:42 PM

Datuk P. Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah yang gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga mengundang kejadian mogok seperti di dua sekolah baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana perbuatan berkenaan boleh membahayakan keselamatan pelajar sekolah.

"Saya kecewa dengan kejadian mogok yang berlaku di sekolah kerana ia tidak sepatutnya terjadi. Saya pasti pengawal keselamatan yang mogok mempunyai alasan yang munasabah kenapa mereka melakukan perkara itu dan syarikat yang terlibat perlu memahami situasi mereka.

"Kita akan mengambil tindakan dan pastikan syarikat ini tidak diberi peluang lagi. Walau apa pun masalah, mereka harus cari penyelesaian bukannya membiarkan sehingga mencetuskan insiden seperti itu," katanya dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Khamis lalu, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa di Alor Setar, Kedah tidak dapat memasuki kawasan sekolah kerana pintu pagar sekolah berkunci apabila pengawal keselamatan yang bertugas mengadakan mogok selepas mendakwa tidak dibayar gaji.

Hari ini pula, seramai 25 pengawal keselamatan melancarkan mogok di Sekolah Kebangsaan La Salle, Jinjang Utara di sini bagi menuntut tunggakan gaji yang tidak dibayar sejak tiga bulan lalu.

Beliau berharap semua syarikat keselamatan yang ditawarkan kontrak di sekolah akan memahami tanggungjawab mereka agar insiden itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Kamalanathan berkata seramai 6,542 pelajar India daripada 102,492 orang telah memohon program matrikulasi bagi sesi 2016/2017.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 6,325 pelajar India daripada 108,533 permohonan bagi tahun lalu.

"Setiap tahun sebanyak 1,500 kuota disediakan untuk pelajar India mengikuti program matrikulasi dan jumlah sebenar untuk sesi tahun ini hanya boleh disahkan selepas pelajar mula mendaftar di kolej masing-masing bermula 5, 6 dan 7 Jun ini. 

"Saya berharap pelajar tersebut akan menerima tawaran dan memenuhi kuota yang disediakan untuk mengikuti progam itu," katanya.

Bagaimanapun, Kamalanathan berkata pelajar India yang gagal mendapatkan tempat boleh membuat rayuan bermula 14 April sehingga 27 April ini dan keputusan hanya akan diketahui pada 18 Jun.

Katanya, bagi keterangan lanjut mengenai proses rayuan, pelajar boleh melayari laman sesawang kementerian di www.moe.gov.my atau menghubungi talian 03-88844042.

Tags / Kata Kunci: Datuk P. Kamalanathan , mogok

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan