Tiada Catuan Air Di P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengenakan catuan air walaupun musim kemarau yang sedang berlarutan belum menunjukkan tanda akan berakhir.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata kerajaan persekutuan perlu mengambil langkah segera untuk mengekang fenomena Super El Nino.

Beliau berkata PBAPP tidak merancang untuk mengenakan catuan air kerana ia akan mengganggu aktiviti domestik dan komersial.

"Di Pulau Pinang, kami mempunyai dasar tidak mencatu air dan sebab itulah kami menimbulkan isu ini secara serius...kami menggesa kerajaan persekutuan supaya bertindak sekarang bagi mengelak dan mencegah krisis yang dijangka berlaku," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata PBAPP amat prihatin tentang keadaan paras air di Sungai Muda kerana ia membekalkan lebih 80 peratus air ke negeri ini.

Jaseni berkata beliau dimaklumkan bekalan air dari Empangan Beris hanya mampu bertahan selama 30 hari, manakala Empangan Muda 50 hari, dan itulah sahaja empangan di Kedah yang menyalurkan air bagi mengekalkan paras Sungai Muda.

"Kami ingin tahu tentang pelan kecemasan Kedah...sekiranya paras air di empangan Muda dan Beris susut ke paras minimum daripada paras rezab sekarang, bagaimana ia akan terus menyalurkan air ke Sungai Muda?," tanya beliau.
Tags / Kata Kunci: catuan air , PBAPP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan