Sungai Nyior Dicemari E-Coli - JAS Pahang

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 9:18 PM

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang Rosli Zul menunjukkan contoh air Sungai Nyior, Balok ketika membuat tinjauan selepas mendapat aduan daripada penduduk, Mac lalu. Menurut penduduk Sungai Nyior menjadi hitam dan busuk, menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa terutama ketika waktu air surut dan dikhuatiri tidak selamat untuk makan hasil hidupan sungai itu yang sering menjadi tempat penduduk memancing, mencari ketam dan kepah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keputusan ujian sampel air Sungai Nyior di perumahan Balok Baru di sini, yang dikeluarkan pada 13 April lepas, menunjukkan sungai itu dicemari dengan kandungan E-Coli yang tinggi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata faktor kandungan bakteria itu berada dalam air sungai selalunya disebabkan pelepasan sisa loji kumbahan manusia ataupun sisa najis daripada ladang ternakan haiwan.

"Kita sedang membuat siasatan terperinci terhadap loji kumbahan atau pusat ternakan haiwan yang berkaitan dalam kes ini," katanya kepada Bernama Isnin.

Rosli berkata JAS Pahang tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak selagi siasatan belum selesai memandangkan hasil penilaian awal pihaknya juga mendapati terdapat kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan sisa tercemar itu pada waktu tengah malam tanpa disedari orang ramai.

"Kemungkinan sisa dalam tangki dibawa dengan pengangkutan dan kemudian dilepaskan ke dalam sungai ini pada waktu malam ... pihak kita perlukan masa untuk mencari bukti ini.

"Jika dilihat, tiada aktiviti berpotensi yang boleh menyebabkan pencemaran seperti kawasan perindustrian dekat sungai ini. Sehubungan itu, kita memerlukan bukti saintifik untuk tahu punca sungai ini tercemar dengan E-Coli," katanya.

Mengenai keadaan semasa sungai itu, Rosli berkata sungai berkenaan sudah kembali bersih dan cantik seperti sedia kala berdasarkan pemerhatiannya pada 9 April lepas.

Media melaporkan Sungai Nyior bertukar menjadi hitam berlaku pada pertengahan Mac lepas.

Tags / Kata Kunci: JAS Pahang , E Coli , Sungai Nyior

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan