Taman Manggis: Pemuda Umno P.Pinang Gesa SPRM Siasat Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 8:30 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemuda Umno Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan campur tangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam penjualan tanah Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri Ifan Zaini Md Tahar berkata pihaknya akan membuat satu laporan di samping mengemukakan dokumen berkaitan kepada SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Lim berhubung dakwaan itu.

Beliau mendakwa satu memo telah dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri mengenai penambahan nisbah densiti pembinaan di tanah Taman Manggis kepada KLIDC.

"Bila densiti bertambah, keuntungan bertambah, adakah kerajaan negeri dapat apa-apa bayaran untuk penambahan nisbah itu?" katanya kepada pemberita sebelum laporan itu dibuat di sini, Isnin.

Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa memo yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu turut disertakan arahan bertulis oleh Lim di atas surat permintaan oleh KLIDC yang dilampirkan bersama.

Arahan itu adalah untuk meningkatkan nisbah plot kelulusan daripada 1:55 kepada 1:7 yang memberikan lantai bangunan kelulusan ruang bersamaan dua plot tambahan tanah Taman Manggis.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan