Nazir Bercuti, CIMB Kaji Transaksi AS$7 Juta

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 3:51 PM

Nazir Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah CIMB Group Holdings Bhd telah memulakan satu kajian berhubung proses anti pengubahan wang haram termasuk transaksi dana kira-kira hampir AS$7 juta (RM29.45 juta) yang diakui pengerusinya, Datuk Seri Nazir Razak.

Selaras dengan tindakan itu, Nazir secara sukarela mengambil cuti.

Katanya, beliau telah memastikan bahawa ia tidak menyalahi undang-undang dan kedudukannya di bank.

"Tidak ada pada masa lain abang saya meminta (pertolongan) ini," katanya pada sidang media merujuk kepada soalan jika terdapat transaksi lain yang dibuat untuk abangnya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazir berkata lembaga pengarah akan membincangkan hasil kajian semula itu dan kemudiannya membuat keputusan sama ada beliau akan mengekalkan kedudukan sebagai pengerusi atau sebaliknya.

Kajian yang akan dilakukan dengan kerjasama daripada firma perakaunan bebas Ernst & Young itu dijangka siap dalam masa beberapa minggu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan