Khalid Puji Penganjur Ceramah Dr Zakir Naik

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 11:58 AM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (kiri) bersama Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Dr Shahrin Sahib (tengah) menyambut pendakwah terkemuka dari India, Dr Zakir Naik yang tiba untuk menyampaikan ceramahnya di UTeM, Ahad malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuji dan berterima kasih kepada penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik kerana menukar topik mengikut kesesuaian sensitiviti masyarakat di negara ini.

"Semuanya berjalan dengan lancar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengendalikan majlis itu dengan lancar dan mematuhi arahan polis supaya tidak menyentuh agama lain, " kata Khalid kepada pemberita di Bukit Aman, Isnin.

Terdahulu, Khalid melarang penganjuran majlis yang dijadual berlangsung pada Ahad kerana Dr Zakir Naik dijadual untuk bercakap mengenai tajuk 'Persamaan Antara Hindu dan Islam' kerana sensitiviti agama.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian berkata forum itu boleh diteruskan selepas perubahan topik dibuat.

Tajuk forum di Universiti Teknikal Malaysia Melaka itu telah ditukar kepada 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' (Islam - Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan).

Tags / Kata Kunci: Dr Zakir Naik

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan