Finalis APO2016: Amran Fans Teringin Naik Pentas

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Amran Fans berharap peminat dan ‘pembencinya’ di media sosial dapat merealisasikan impiannya untuk ‘beraksi’ di pentas berprestij Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada hujung bulan ini.

Menurut Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook, dia sudah lama mengidamkan peluang untuk mengulangi kejayaannya selepas yang terakhir ketika memenangi acara lumba lari di sekolah.

“Bagilah peluang untuk Amran menang (APO2016). Dulu kecil-kecil dekat sekolah Amran pernah menang lumba lari 100 meter saja.

"Dapat pingat emas celup. Itu pun sebab kawan Amran lupa bawa bekal air untuk dia minum, habis dia semput,” katanya kepada mStar Online.

Beberapa gambar 'Amran' menggunakan teknik superimpose. -Foto Facebook Amran Fans
Tambah Amran yang identitinya masih menjadi rahsia itu lagi, dia amat memerlukan undi orang ramai bagi melayakkannya menang dalam kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

“Anda semua tak kesian dekat Amran? Undilah Amran ok. Amran janji tak akan sia-siakan penggunaan pentas yang besar tu nanti waktu nak ambil hadiah. Undi jangan tak undi,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya apakah habuan yang bakal diterima pengundi sekiranya dia dipilih sebagai pemenang, Amran berkata: "Anda undi Amran ke? Siapa suruh undi Amran ni? Amran tak mintak pun anda undi.

"Tapi alang-alang dah mengundi, terima kasih banyak-banyak sajalah yang Amran mampu ucapkan.

"Kalau Amran nak bagi setiap seorang iPhone6 Plus, habis Amran kena mengemis pula nanti," katanya.

Menerusi APO2016 anjuran mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi itu, Amran bakal berentap dengan empat lagi finalis iaitu Faizdickie, Ucopppp, Luqman Podolski dan Mat Luthfi.

Pengundian APO2016 masih dibuka dan boleh dibuat menerusi http://apo.mstar.com.my/undi.aspx

 

Tags / Kata Kunci: APO2016 , Amran Fans

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan