Adenan Muktamadkan Nama 82 Calon BN, Bersedia Hadapi PRN

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 6:55 PM

Presiden Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang juga calon kerusi N3 Tanjong Datu bergambar bersama 82 calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya Sarawak ke-11 semasa di Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Isnin.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia menghadapi pilihan raya negeri 7 Mei, selepas memuktamadkan nama calonnya bagi semua 82 kerusi bagi pilihan raya negeri ke-11, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi BN Sarawak berkata semua isu dalaman seperti calon yang sesuai dan parti mana yang layak bertanding di kawasan tertentu telahpun dimuktamadkan hasil perbincangan antara semua parti komponen BN.

"Kami menghadapi pilihan raya negeri sebagai satu pasukan yang bersatu. Kami telah selesaikan perbezaan pendapat antara kami dan kami akan hadapi pilihan raya sebagai pasukan bersatu atau anda boleh panggilnya pasukan Adenan.

"Kini kami akan beri perhatian terhadap pembangkang daripada satu sama lain," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan tiga lagi calon BN di Ibu Pejabat PBB di sini Isnin.

Tiga calon terakhir yang diumumkan Adenan hari ini ialah Ding Kuong Hiing (Hiing) daripada SUPP untuk bertanding di kerusi Meradong, Datuk Henry @ Harry Anak Jinep (SPDP) di kerusi Tasik Biru dan Datuk Dr Penguang Anak Manggil (SPDP) di kerusi Marudi.

Ditanya kenapa tiga nama terakhir ini mengambil masa yang lama untuk diputuskan, Adenan berkata ini kerana "semua pesaing adalah hebat".

"Sukar untuk membuat keputusan tetapi akhirnya ia telah dibuat," katanya sambil menambah kesemua calon BN telah menerima watikah pelantikan dan menandatangani 'ikrar kesetiaan' kepada BN.

Kepada soalan sama ada wujud calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan beliau dalam pemilihan, beliau berkata perkara tersebut juga telah selesai dan tidak akan timbul lagi dalam pilihan raya negeri kelak.

Mengenai penggunaan simbol bagi calon langsung BN, Adenan berkata mereka hanya akan menggunakan simbol dacing.

Bagaimanapun, menurutya bagi parti komponen BN Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), boleh turut menggunakan simbol parti masing-masing.

Sementara itu, Dr Penguang berkata beliau menjangka akan ada cabaran di peringkat bawahan dan kawasan kelabu yang memerlukan sokongan dan kerjasama semua jentera di Marudi.

"Saya akan teruskan dengan apa yang saya lakukan selama ini. Kami akan perhalusi tempat-tempat kelabu. Saya rasa akan ada cabaran dari pihak lawan dan kami tidak boleh ambil ringan perkara ini," katanya sambil melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih atas pemilihannya sebagai calon.

Henry pula menyifatkan pilihan raya negeri adalah 'peperangan' untuk BN dalam menawan hati rakyat yang memerlukan lebih banyak pembangunan dan perancangan dari segala sudut.

Beliau berkata BN dan mana-mana calon tidak boleh berpuas hati selagi belum memenangi pilihan rraya, dan lantaran itu, kerja keras serta semangat setiakawan perlu diwujudkan bagi mendapatkan kemenangan mutlak kelak.

"Saya mahukan sokongan semua pihak untuk membantu saya dalam kempen pilihan raya ini supaya kemenangan BN tercapai (di kerusi Tasik Biru)," katanya.

Ding pula berkata beliau menyerahkan kepada rakyat di Meradong untuk menilai sendiri komitmennya sepanjang lapan tahun ini termasuk cuba membantu  menyelesaikan segala isu berbangkit.

"Saya gembira dengan pelantikan (pencalonan) ini dan akan terus bekerja keras sewaktu kempen nanti. Kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan dan mewujudkan peluang untuk memenangi semula kawasan ini daripada pembangkang (DAP)," katanya yang bertanding di kawasan Parlimen Sarikei pada pilihan raya umum lepas.

Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak , calon BN , Tan Sri Adenan Satem

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan