Abu Sayyaf Terdesak Mahu Wang Tunai

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 9:23 AM

Gambar yang dimuat naik kumpulan Abu Sayyaf di Facebook ini dipercayai adalah rakyat Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata yang menyimpan empat rakyat Malaysia di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo kelihatan terdesak untuk 'menukar' tawanan mereka itu bagi mendapatkan wang tunai.

Pandangan itu dinyatakan aktivis anti penculikan yang berpengkalan di Jolo, Prof Octavio Dinampo.

Katanya, gambar empat mangsa yang dimuat naik di Facebook adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada keluarga mereka.

Tambah beliau, pihak berkuasa Malaysia dilihat tidak lagi bersedia untuk mengambil pendekatan yang lembut untuk tawar menawar dengan pengganas itu.

"Ia dapat dilihat berdasarkan usaha kerajaan Malaysia untuk menghentikan semua perdagangan tukar barang antara Sabah dan selatan Filipina," kata Prof Dinampo ketika dihubungi.

Katanya, penamatan perdagangan tukar barang telah menyebabkan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan bahan api di wilayah Selatan Filipina iaitu Sulu.

Jolo dan Tawi Tawi berada di daerah itu.

Pada Khamis lalu, gambar empat rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna telah dimuat naik di Facebook.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan