Lebih 20,000 Banjiri Syarahan Dr Zakir Di Melaka

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lebih 20,000 menghadiri syarahan penceramah terkenal Dr Zakir Naik di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini Ahad malam.

Pendakwah antarabangsa dari India itu sebelum ini mengadakan empat ceramah di Terengganu dan satu di Kuala Lumpur setelah tiba di negara ini pada 9 April lepas.

Orang ramai mula tiba di UTeM kira-kira 5 petang untuk menghadiri pelbagai majlis ilmu diadakan penganjur sebelum Dr Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' (Islam - Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan) kira-kira pukul 8.30 malam.

Turut mengikuti syarahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam dan barisan exco kerajaan negeri.

Idris dalam ucapan aluannya berkata tajuk syarahan malam ini dipilih bagi melihat kepada cabaran yang dihadapi kemanusiaan melibatkan kepelbagaian bangsa dan agama.

"Dugaan yang dihadapi manusia merangkumi masalah kelaparan di beberapa bahagian dunia akibat rasuah dan pengurusan sumber yang lemah.

"Di samping penyakit yang boleh membawa maut, serta peperangan akibat perselisihan ideologi politik dan agama," katanya. 

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan