Pensyarah Seni Bina Rakam Album Lepas Tekanan

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 9:19 AM

Dr Tareef Hayat Khan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pensyarah seni bina Dr Tareef Hayat Khan tidak hanya mengajar, tetapi juga mampu menyanyi dengan baik dan telah merakamkan 12 buah lagu dalam albumnya, di mana lima daripadanya adalah lagu bahasa Mandarin, Kantonis, Melayu dan Inggeris.

Berusia 46 tahun, pensyarah dari Bangladesh ini telah bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini sejak enam tahun lalu bersama dengan isterinya, yang juga seorang pensyarah.

Dr Tareef yang percaya muzik adalah cara yang baik untuk melepaskan tekanan, turut membawa instrumen sendiri ke kelas dan menghiburkan pelajarnya untuk memberi motivasi kepada mereka.

"Seperti yang saya sering beritahu anak-anak dan pelajar-pelajar saya, menyanyi adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan yang ada dalam diri kita sendiri, tetapi jangan sampai mengabaikan pengajian," katanya.

Ketika bekerja di sebuah universiti di Hong Kong, beliau yang boleh bertutur pelbagai bahasa ini telah belajar bahasa Kantonis Mandarin dan Melayu sebelum menerima tawaran kerja di UTM.

"Kira-kira enam tahun lalu, saya mendapati bahawa anak perempuan saya mempunyai suara yang merdu tetapi dia terlalu gementar untuk membuat persembahan di sekolah, menyebabkan saya perlu mengajarnya menyanyi.

"Saya mempunyai latar belakang muzik kerana ibu saya adalah seorang penyanyi manakala bapa saya adalah seorang ahli muzik di Bangladesh.

"Saya tahu bagaimana untuk bermain alat muzik tetapi saya tidak pernah menjadi penyanyi sebelum ini," kata bapa kepada dua anak ini kepada The Star.

Salah satu lagu dalam albumnya, Mirage yang dirakam pada November, adalah sebuah lagu balada Melayu, Hikayat Cinta, yang ditulis oleh seorang bekas pelajar, Taleeb Mizad, yang kini merupakan artis rakaman.

"Salah sebuah lagu Inggeris, We Are A World, adalah sangat istimewa bagi saya. Ia ditulis dan dinyanyikan bersama anak perempuan saya," katanya, sambil menambah albumnya itu bukan untuk dijual atau mendapatkan keuntungan.

Selain meminati penyanyi tempatan seperti Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza, Dr Tareef adalah peminat penyanyi Hong Kong Cass Phang.

Persembahan beliau boleh dilihat di laman web www.tareefhayatkhan.com.

Ia juga boleh dilihat di saluran YouTube roopak23.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan