Jangan Bayar Sesen Pun Kepada Ulat Parkir - Datuk Bandar KL

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 1:25 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz menasihati orang ramai jangan sesekali membayar kepada 'ulat parkir'.

Beliau berkata mereka harus melaporkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis dengan serta merta sekiranya ulat parkir memaksa mereka membayar wang.

"Jangan bayar kepada mereka sesen pun," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kegiatan penjaga tempat letak kereta tanpa permit atau 'ulat parkir' di sekitar ibu kota yang nampaknya sudah 'naik kepala dan naik minyak'.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Mustafa Mohd Nor berkata sebanyak 74 siri Ops Jaga yang bertujuan menahan ulat parkir telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Sebanyak 136 ulat parkir ditangkap di sekitar ibu kota berbanding 231 pada tahun 2014, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah jabatan itu Muhamad Irwan Abdullah berkata setiap ulat parkir yang ditangkap didakwa di Mahkamah Majistret DBKL.

Mereka dituduh mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 DBKL dan sekiranya didapati bersalah akan dikenakan kompaun antara RM200 dan RM2,000, katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan