Henti Keluar Kenyataan Berhubung Siasatan Kes Banglo Lim Guan Eng - SPRM

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihati semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan di sinipada Ahad, SPRM berkata ini adalah kerana kenyataan-kenyataan itu boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan.

"Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza," jelasnya.

SPRM berkata demikian mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa SPRM tidak tegas dan melengah-lengahkan siasatan berkaitan isu banglo itu.


Dalam pada itu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa kes banglo tersebut mahupun kes penyelewengan dana kerajaan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.

Justeru SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan kes yang melibatkan pegawai SPRM tersebut.

Pembelian banglo di Pulau Pinang oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.
Tags / Kata Kunci: SPRM , banglo Lim Guan Eng

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan