TV3 Tangguh Debat Rahman Dahlan - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengambil nasihat pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siaran langsung perdebatan di antara Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng berkaitan dengan isu tanah Taman Manggis ditangguhkan.

Perdebatan tersebut dijadual bersiaran secara langsung pada 19 April ini, namun ditangguhkan atas nasihat dan pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki.

"TV3 menghormati pandangan oleh Tan Sri Khalid dan Datuk Azam bahawa perdebatan ini boleh menggangu siasatan pihak berkuasa berkaitan kontroversi tanah Taman Manggis dan banglo yang dibeli Lim," jelas Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah.

Beliau berkata, tarikh baharu perdebatan itu akan diumumkan kelak.

Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Pada Jumaat, Khalid berkata, jika debat antara  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

 "@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil," katanya dalam twitter terbarunya pada Jumaat malam.

Khalid berkata: "@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai." 

Beliau berkata, sekiranya Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.

Tags / Kata Kunci: Debat Rahman Dahlan , Lim Guan Eng , PDRM , TV3 , SPRM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan