Jangan Naikkan Tambang Kerana Kadar Baharu Yuran Penerbangan - Tiong Lai

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 10:42 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat penerbangan tidak seharusnya menaikkan harga tambang hanya kerana caj pengendalian penerbangan udara (ANFC) akan dinaikkan.

Beliau berkata, kenaikan sekali ganda bagi ANFC hanya sebahagian kecil kepada kos buat syarikat penerbangan dan melihat caj baharu itu yang paling minimum ditetapkan kerajaan.

Ia susulan pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai kenaikan ANFC ke atas syarikat penerbangan secara berperingkat dengan kenaikan maksimum sekali ganda

ANFC tidak disemak dalam masa lebih 40 tahun sejak 1970.

DCA beroperasi setiap tahun dengan anggaran bajet RM250 juta tetapi hanya memperoleh RM50 juta daripada caj berkenaan. Baki RM200 juta merupakan subsidi daripada kerajaan.

Ditanya sama ada tambang dijangka naik seiring dengan kenaikan yang diumumkan DCA, Liow berkata, adalah tidak adil untuk menjadikan tiket penerbangan lebih mahal akibat caj baharu yang ditetapkan.

"Seperti yang anda lihat bahawa ia hanya peningkatan yang minimum. Saya rasa selepas ini kenaikan caj tidak akan memberi kesan ketara kepada harga tambang.

"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga tiket seperti kos bahan api dan faktor penawaran dan permintaan. 

"Oleh itu, ia bukan satu faktor yang menyebabkan kenaikan tambang syarikat penerbangan. Adalah tidak adil untuk mengatakan tambang udara naik kerana caj DCA," kata Tiong Lai.


Tags / Kata Kunci: DCA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan