Polis Minta Stesen TV Henti Siar Debat Guan Eng-Rahman Dahlan - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 12:31 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jika debat antara  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

"@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil," katanya dalam twitter terbarunya pada Jumaat malam.

Khalid berkata: "@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai." 

Beliau berkata, sekiranya Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan