Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Di Jepun

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak mengucapkan takziah dan simpatinya kepada penduduk Jepun, khususnya keluarga dan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Khamis.

Najib dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya juga mengesahkan tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa yang membabitkan rakyat Malaysia di wilayah Kumamoto di Jepun, yang dilanda gempa bumi itu.

"Kementerian (Luar) juga mengesahkan 18 pelajar Malaysia telah dipindahkan ke zon pemindahan dan kami sedang bekerja rapat dengan kerajaan Jepun untuk memastikan status rakyat Malaysia yang lain di sana.

"Saya menyeru agar semua bertenang dan hubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk maklumat lanjut di +(81-3) 3476-3840," katanya pada Sabtu.

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter itu melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, menyebabkan sembilan maut dan lebih daripada 700 orang cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat mengesahkan kesemua 18 pelajar Malaysia di tiga universiti di wilayah Kumamoto selamat.

Para pelajar tersebut sedang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Jepun , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan