'Lain-Lain Kaum' Dalam Dokumen, Borang Rasmi Kerajaan Dimansuhkan - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 1:02 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem disambut ribuan rakyat Samarahan pada program Sejiwa Senada 2016, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan, berkuat kuasa serta merta, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata arahan turut dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri untuk melaksanakan perkara itu.

"Ini adalah sesuatu yang diminta oleh rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan yang turut diperjuangkan oleh menteri-menteri Sarawak dalam kabinet kerajaan Persekutuan," katanya semasa merasmikan program Sejiwa Senada kesembilan di Dewan Suarah di sini, Sabtu.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem turut hadir pada program itu.

Pemansuhan istilah 'lain-lain kaum' bagi mewakili etnik di Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan adalah antara 53 prinsip dan tindakan yang dilaksanakan Adenan sejak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau melihat prinsip dan tindakan itu bukan sekadar janji kosong Adenan tetapi sebuah akujanji dan manifesto yang telah dilaksanakan sebelum pilihan raya negeri lagi.

"Sokongan dan dukungan harus terus diberikan kepada beliau (Adenan)," katanya.

Beliau percaya hubungan baik kerajaan negeri dan anggota Parlimen Barisan Nasional daripada Sarawak dengan kerajaan Persekutuan akan dapat membantu membawa lebih banyak pembangunan di Bumi Kenyalang ini.

"Sarawak cukup dekat di hati kita (kerajaan Persekutuan). Ini juga adalah satu sejarah, menteri-menteri (persekutuan) paling ramai dari Sarawak di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika ini.

"Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin Sarawak yang telah berjaya membawa masalah dan isu rakyat Sarawak kepada kepimpinan negara," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan