Awang Adek Berhasrat Kembali Aktif Dalam Politik

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 6:27 PM

Awang Adek Hussin.

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin melahirkan hasrat untuk kembali aktif dalam politik.

Beliau berkata, beliau bertekad meneruskan perjuangannya selagi mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi terutama di bahagian Bachok.

"Saya akan kembali menemui rakyat di peringkat akar umbi dan memberi perkhidmatan kepada mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin di kediamannya di Kampung Perupuk di sini, Sabtu.

Beliau menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 31 Mac 2014 dan menamatkan tugas tersebut pada 7 April lepas.

Awang Adek sebelum itu berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan selama tujuh tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepanjang berkhidmat sebagai duta besar, beliau masih merupakan Ketua Umno bahagian Bachok namun jawatan itu dipangku oleh Timbalannya, Datuk Dr Ilias Hussain.

Mengenai jawatan Gabenor Bank Negara yang nama beliau turut disebut-sebut untuk dilantik menyandangnya, Awang Adek berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan negara. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Awang Adek Hussin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan