PRN Sarawak: PKR, DAP Belum Capai Kesepakatan Peruntukan Kerusi

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rundingan mengenai pembahagian kerusi antara DAP dan PKR peringkat negeri bagi Pilihan Raya ke-11 Sarawak (PRN-11) sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang kesepakatan.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, parti itu dimaklumkan bahawa keputusan mengenai rundingan yang masih berlangsung mengenai peruntukan kerusi di peringkat kebangsaan dalam kalangan parti Pakatan Harapan adalah tidak sejajar dengan yang diputuskan di peringkat negeri.

Oleh itu, katanya, mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR membuat keputusan menarik balik mandat yang diberi kepada pemimpin PKR peringkat kebangsaan untuk berunding dengan parti lain dalam Pakatan Harapan di Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

"Kami akan buat keputusan muktamad mengenai kerusi yang kami tandingi berdasarkan hasil KPI kami. Keputusan kami akan dibuat semata-mata berdasarkan kemampuan calon kami untuk menang dan bukan kerana sebab lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR negeri, di sini Jumaat.

"Adalah dikesali kerana ada pihak tertentu melihatnya sebagai wajar untuk merosakkan potensi gabungan pembangkang untuk menambah kerusi kami pada pilihan raya akan datang berdasarkan tingkah laku mereka sejak beberapa bulan lepas iaitu ketika rundingan sedang diadakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, pada sidang media di pejabat DAP negeri di sini, berkata berdasarkan satu rundingan dengan PKR awal minggu ini, DAP Sarawak memutuskan akan bertanding di 29 kerusi pada PRN nanti.

"DAP akan berpegang dengan apa yang telah dipersetujui. Sekiranya PKR tidak berpegang pada kata-katanya, akan berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya sambil menambah bahawa parti itu akan mengumumkan senarai calonnya pada 20 April ini.

Beliau berkata, 29 kerusi DUN yang akan ditandingi DAP itu merangkumi 15 kerusi majoriti pengundi Dayak, 13 kerusi majoriti Cina dan satu kerusi di kawasan majoriti kaum Melayu. 

Untuk rekod, pada pilihan raya negeri 2011, DAP bertanding di 15 kawasan dan menang 12 daripadanya, manakala PKR bertanding 49 kerusi dan menang hanya tiga daripadanya.

PRN-11 akan berlangsung pada 7 Mei ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: DAP , PRK , PRN-11

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan