Seorang Penjawat Awam Bakal Didakwa Kerana Tuntutan Palsu RM4.9 Juta - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penjawat awam dari sebuah jabatan kerajaan di Pahang akan didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan atas pertuduhan melakukan tuntutan palsu berjumlah RM4.9 juta.

Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam SPRM di Putrajaya, Datuk Zainol Darus berkata, individu yang bakal didakwa itu merupakan seorang yang memegang jawatan penting dan kes salah guna kuasa berkenaan dilaporkan berlaku pada penghujung tahun lepas.

"Kes ini melibatkan kepentingan awam melibatkan ketirisan berjumlah RM4.9 juta. Siapa yang nak kena tuduh dan apa sektor yang terlibat kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah SPRM Pahang berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas kepada Pengarah SPRM Pahang yang baharu iaitu Wan Ramli Wan Abdullah yang disaksikan oleh Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Hishamuddin Hashim di Kompleks Ibu Pejabat SPRM Kuantan di sini, Jumaat.

Dalam tempoh Januari sehingga Mac lepas sahaja, Zainol berkata, pihaknya telah menahan seramai 11 orang individu dari negeri ini melibatkan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah termasuk sembilan tangkapan berhubung kes bauksit.

Sementara itu Wan Ramli berkata, SPRM pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepada sektor perolehan bagi mencegah ketirisan dalam kalangan agensi yang berkenaan.

Menurutnya, antara sektor yang akan diberikan tumpuan, katanya termasuk pembangunan, minyak dan gas serta sektor alam sekitar (pembalakan). - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan