Jangan Guna Ubat Dong Mai Tan, Seven Leave Ginseng

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 1:34 PM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional Cina iaitu Dong Mai Tan dan Seven Leave Ginsengs kerana didapati mengandungi 'dexamethasone', kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata hasil ujian oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Katanya semakan juga mengesahkan nombor pendaftaran yang dicetak pada label produk Dong Mai Tan (MAL20013016T) dan Seven Leave Ginseng (MAL19984210T) adalah palsu.

"BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers melibatkan produk Dong Mai Tan dan lapan laporan kesan advers melibatkan produk Seven Leave Ginsengs.

"Antara kesan advers serius yang dilaporkan adalah kegagalan hati dan sindrom 'Cushing' yang dicirikan dengan muka membulat (moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan (central obesity)," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata label pada kedua-dua produk tersebut menyatakan bahawa ia digunakan untuk penyakit sengal-sengal tulang, bengkak sendi, sakit tulang belakang, sakit urat, sakit tangan dan kaki.

Katanya orang ramai yang sedang menggunakan produk tersebut dinasihatkan supaya segera mendapatkan nasihat dan rawatan daripada ahli profesional kesihatan.

Pengguna yang telah mengambil produk itu untuk jangka masa yang lama pula dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah (akibat withdrawal syndrome).

Menurutnya, dexamethasone digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor selain tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

"Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom Cushing," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, pesakit kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta," katanya.

Tambahnya pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan pula dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.bpfk.gov.my atau dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dong Mai Tan , Seven Leave Ginsengs

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan