Keadaan Kesihatan MB Kelantan Semakin Baik - Berita Semasa | mStar

Keadaan Kesihatan MB Kelantan Semakin Baik

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 2:44 PM

Ahmad Yakob.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sangat baik pada Jumaat selepas menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kepalanya.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata Ahmad masih menerima rawatan susulan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

"Beliau sempat berpesan kepada saya tadi agar seluruh rakyat negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Mohd Asri berkata Ahmad turut mengharapkan agar solat sunat Istisqa' yang bakal diadakan di Padang Hoki bersebelahan Padang Perdana di sini pada 22 April ini dapat dihadiri oleh semua rakyat bagi memohon kepada Allah agar diturunkan kerahmatanNya secara berpanjangan.

"Walaupun menteri besar masih lagi berada di wad HUSM untuk rawatan susulan, namun beliau tetap mengambil tahu situasi rakyat dan turut menyampaikan salam kepada semua," katanya.

Buat masa ini, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengharapkan agar tiada sebarang ziarah dibuat bagi memberi kerehatan sepenuhnya kepada Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada Rabu lepas setelah rasa sakit di bahagian kepala sejak seminggu lalu dan pihak hospital memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MB Kelantan , Ahmad Yakob
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan