Jimmy Choo Bakal Meriahkan APO2016

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 4:06 PM

Jimmy Choo.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malam Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon fesyen, Datuk Dr Jimmy Choo.

Pereka kasut terkemuka itu berkata beliau begitu teruja untuk bersama memeriahkan malam kemuncak acara tersebut kerana ia akan mengetengahkan bakat baharu di negara ini.

"Saya sentiasa menyokong bakat-bakat baharu. Anak-anak muda perlu diberi peluang dan saya sememangnya menyokong APO 2016.

"Ini adalah satu projek baharu kerana ia merangkumi bukan sahaja bidang muzik tetapi juga elemen media sosial," katanya.

Choo mengulas mengenai acara anjuran mStar Online bersama Suria FM.

Menurut beliau, pasaran Bahasa Malaysia lebih luas dan percaya radio dan portal berita secara dalam talian itu berada pada landasan yang betul.

"Memandangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM, gabungan tenaga kerja itu akan membantu bakat baharu meraih penonton yang lebih luas," katanya.

Choo berkata beliau akan ditemani protegenya dari Taiwan, Iliza Ho, seorang pereka beg yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Pereka aksesori muda dari Taiwan itu merupakan graduan dari sebuah kolej berprestij, London College of Fashion.

"Bakat muda yang berjaya dicungkil ini perlu mendapat sokongan semua pihak," kata Choo.

Tags / Kata Kunci: Dr Jimmy Choo , APO2016

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan