Abu Sayyaf Muat Naik Gambar Mangsa Culik Di FB

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 9:17 AM

Kesemua empat mangsa culik dipercayai masih hidup.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Gambar empat warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh kumpulan militan tersebut.

Keempat-empat mangsa culik itu dilihat mencangkung dengan salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas dengan tulisan 'Victor Troy' dan tarikh '8 April 2016'.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan baru-baru ini oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Empat warga Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sarawak, diculik dari sebuah kapal tunda MV Masfive 6 di Pulau Ligitan pada 1 April ketika dalam perjalanan ke Tawau selepas menghatar muatan kayu ke Manila.

Penculik menghubungi keluarga mangsa culik pada 12 April dan menuntut wang tebusan bagi pembebasan mereka.

Pada 14 April keluarga mangsa bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk meminta bantuan.

Namun masih tidak jelas siapakah dalang penculik empat warga Malaysia itu tetapi difahamkan mereka ditahan seorang sub komander kumpulan Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Sawajan.

Beberapa individu yang tahu mengenai operasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan berkata kumpulan itu ada kaitan dan membantu antara satu sama lain untuk mengelak operasi ketenteraan Filipina di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Mereka berkata nama yang digunakan untuk laman Facebook itu kemungkinan besar direka tetapi ia kelihatan seperti satu percubaan untuk membuka medium komunikasi antara mangsa dengan ahli keluarga mereka.



Tags / Kata Kunci: culik , Pulau Ligitan , Abu Sayyaf

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan