DCA Naikkan Caj Kendalian Perkhidmatan Udara Berperingkat - Tiong Lai

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 9:19 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menaikkan caj pengendalian perkhidmatan udara (ANFC) ke atas syarikat penerbangan secara berperingkat dengan kenaikan maksimum sekali ganda, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, beliau telah mengarahkan DCA untuk menyediakan pelan komprehensif untuk caj dan bayaran yang akan dilaksanakan secara berperingkat untuk industri penerbangan Malaysia kekal kompetitif seiring dengan negara jiran.

"Perbincangan dengan pihak berkepentingan industri akan diteruskan, diketuai oleh DCA ke arah memastikan maklum balas yang sihat dan konstruktif yang akan memanfaatkan ekosistem penerbangan dan juga pelancong.

"Malahan, caj dan bayaran di Malaysia ialah antara paling rendah di rantau ini," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Liow berkata, peningkatan perkhidmatan dan infrastruktur untuk DCA akan menghasilkan pengurusan yang lebih efisien dan efektif dalam sektor penerbangan negara yang akan mengukuhkan piawaian penerbangan antarabangsa.

Liow berkata, industri penerbangan menerima sejumlah besar subsidi daripada kerajaan sejak 1970-an.

Beliau berkata, ANFC tidak dikaji semula selama lebih 40 tahun serta bayaran lain seperti pengeluaran Sijil Pengendali Udara atau Sijil Kelayakan Terbang yang tidak disemak sejak 1996.

"Kos ini terus diberi subsidi oleh kerajaan. Ini tidak boleh bberterusan dan oleh itu bayaran itu perlu disemak semula," kata beliau.

Sebelum ini, DCA mencadangkan untuk menaikkan ANFC daripada lima sen setiap batu nautika sekarang kepada 50 sen bagi pesawat ringan tidak melebihi 2,500 kilogram.

Untuk pesawat lebih besar seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos itu akan dinaikkan kepada RM1 hingga RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10 hingga 25 sen sekarang sementara bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika. - Bernama

Tags / Kata Kunci: DCA , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan