Raja Motosikal Kuasa Tinggi Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 9:18 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: 'Raja Motosikal' yang pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Recods (MBR) sejak 2007 kerana kehebatannya menunggang motosikal secara berdiri, kini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Datuk P. Nadarajan, 63, yang juga ahli kelab Goldwing Utara baru-baru ini berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan 'Iron Butt Association Motorcycle Riders' dari United Kingdom apabila berjaya mengelilingi 10 negeri dalam masa 24 jam.

Beliau yang menunggang motosikal Honda Gold Wing 1800cc dari Bukit Raja (Selangor) pada 6 pagi 2 April ke Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan balik semula ke Bukit Raja pada 6 pagi keesokannya berjaya menamatkan perjalanan sejauh 1,600 kilometer tanpa henti.

"Sepanjang 1,600 kilometer itu saya hanya perlu memecut kelajuan sehingga 110 kilometer sejam dan perlu sampai pada tempoh yang ditetapkan tanpa perlu terlebih atau terkurang dari masa yang diberikan kerana perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan penganjur," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Nadarajan berkata selepas kejayaan itu, beliau merancang melakukan perjalanan mengelilingi 11 negeri pada Ogos ini untuk mendapat pengiktirafan daripada MBR dengan rekod perjalanan sejauh 2,500 kilometer dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Penasihat Kelab Goldwing Utara Raja Datuk Mudzafar Shah Raja Mokhtar berkata Nadarajan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan dalam industri sukan motosikal berkuasa tinggi di peringkat antarabangsa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan