PRN Sarawak: Perpecahan Di Repok

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Peletakan jawatan secara tiba-tiba Setiausaha DAP Sarikei Wong Ching King dari semua jawatan menyebabkan peluang parti itu untuk mempertahankan kerusi Repok dalam pilihan raya negeri semakin sukar.

Bekas guru  itu mempersalahkan sesetengan pemimpin DAP negeri yang menggunakan 'gaya autokratik' telah menyebabkan keputusan itu dibuat, namun dipercayai sebenarnya dia tidak berpuas hati apabila tidak dicalonkan di Repok.

Difahamkan seorang wanita yang berusia dua puluhan telah dicalonkan oleh DAP bahagian Sarikei untuk bertanding kerusi itu.

Wanita itu dipercayai merupakan pembantu peribadi kepada seorang pemimpin DAP tempatan dan juga Ahli Parlimen.

Walau bagaimanapun, Ching King menegaskan bahawa isu utama ialah calon yang menjadi 'pilihan dalaman' pemimpin negeri. 

Beliau berkata, amalan itu bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi dan ketelusan.

Sebahagian daripada ahli-ahli DAP yang menyokong Ching King telah menuntut  agar parti itu menggantikan calon wanita tersebut.

Mereka meminta DAP negeri untuk menamakan veteran Chong Siew Chiang sebagai calon. 

Siew Chiang, 78, merupakan bapa kepada pengerusi parti negeri, Chong Chien Jen.

Walaupun DAP memenangi Repok pada tahun 2011 dengan majoriti 2,679 undi selesa, tetapi mereka mula berdepan dengan masalah apabila wakil rakyat parti itu Wong Hua Seh mengalami strok selepas menang dan tidak dapat menjalankan tugas sepenuhnya di kawasan itu.

Selain itu, SUPP, yang tewas kepada DAP pada pilihan raya negeri sebelum ini,  meletakkan muka baharu untuk bertanding di Repok.

Pada Jumaat lepas, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menamakan Datuk Seri Huang Tiong Sii sebagai calon Barisan Nasional. 

Huang merupakan seorang hartawan dilihat sudah mula bergerak sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan untuk pilihan raya ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan