Pemberi Maklumat Tidak Kebal OSA

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 11:58 PM

Syahredzan Johan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 tidak dapat melindungi pemberi maklumat sekiranya mendedahkan maklumat yang dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang peguam.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional Majlis Peguam Malaysia, Syahredzan Johan berkata Seksyen 6 akta itu tidak menyebut pemberi maklumat dilindungi daripada OSA atau mana-mana undang-undang lain.

Ini merupakan satu kelemahan dan akan memberi kesan kepada pemberi maklumat, terutama dalam kalangan penjawat awam yang mahu melaporkan salah laku dalam pentadbiran kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sesi soal jawab 'Breakfast Talk' bertajuk 'Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, Khamis.

Turut serta dalam sesi tersebut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM Dr Anis Yusal Yusoff, Pegawai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, Shuhairoz Mohamed Shukeri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) Akhzailina Md Akhir.

"Ini bermakna pemberi maklumat tidak layak menerima perlindungan untuk sebarang pendedahan mengenai dokumen yang diklasifikasi sebagai OSA. Pemberi maklumat hanya boleh mendedahkan maklumat yang tidak dirahsiakan di bawah OSA atau mana-mana undang-undang lain," kata Syahredzan.

Sementara itu, Shuhairoz pula berkata pemberi maklumat tidak perlu mendedahkan dokumen yang dirahsiakan di bawah OSA atau tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang lain tetapi hanya perlu melaporkannya kepada pihak berwajib berhubung sebarang salah laku oleh majikan atau pegawai atasan mereka.

"Bagaimanapun, pemberi maklumat tidak boleh membawa fail atau dokumen itu kerana hanya agensi penguat kuasa yang dilantik sahaja akan melakukannya," katanya.

Sementara itu, Akhzailina berkata sejak 2010 hingga 2015, sebanyak 55,287 aduan daripada pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diterima, dan daripada jumlah itu 12,527 aduan diterima pada tahun lepas.

"Pendedahan maklumat itu membabitkan pelbagai salah laku penjawat awam dan kakitangan swasta, dan sehingga kini hanya 396 pemberi maklumat layak diberi perlindungan di bawah akta berkenaan," katanya.

Beliau berkata aduan-aduan lain tidak boleh diterima atas pelbagai sebab, antaranya pernyataan palsu, keraguan terhadap sumber dan maklumat yang dikategorikan sebagai 'remeh-temeh' serta pemberi maklumat tidak mematuhi semua syarat mengikut akta itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: OSA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan