PRN Sarawak: Majikan Akan Didenda, Penjara Jika Tidak Benarkan Pekerja Mengundi

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Majikan akan dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) ke-11 pada 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

"Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu," katanya.

Mohd Hashim berkata para pengundi dalam bahagian piilhan raya boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR www.spr.gov.my.

Selain itu, pengundi boleh menghantar SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 22 April ini, katanya.

Para pengundi boleh menelefon ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-88927000) dan pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak di talian 082-254233 atau 082-254867, katanya.

Mohd Hashim berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk salinan lembut atau CD yang akan dijual mulai 22 April ini manakala salinan keras pula pada 23 April ini. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan