PRN Sarawak Indikator Kepada BN Hadapi PRU Ke-14

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 1:05 PM

Azman Ujang (kiri) menyampaikan ceramah bertajuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Implikasi Kepada Persekutuan Malaysia pada Majlis Malam Mesra 1/2016 Kelab Bakti Gunung Keledang di Meru Point RAbu malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, akan menjadi indikator kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), tentang bagaimana untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang berkata sebarang keputusan dalam PRN itu perlu menjadi penanda aras buat BN dalam memperkuat dan mengukuhkan jentera parti.

Pilihan raya Negeri Sarawak ditetapkan pada 7 Mei 2016 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini.

"Implikasi PRN ini kepada Malaysia amat besar kerana ia pilihan raya palingawal sebelum PRU-14 yang mungkin diadakan pada 2018," katanya dalam ceramah bertajuk 'Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Implikasi kepada Persekutuan Malaysia' anjuran kelab Bakti Gunung Keledang Rabu malam. 

Pengerusi Bernama itu yakin BN akan dapat mengekalkan pemerintahan di Sarawak kerana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mengambil kira-kira 60 tindakan menjurus kepada PRN sebaik dilantik sebagai ketua menteri pada 2014.

"Antara tindakan itu ialah memerangi pembalakan haram yang mendapat perhatian seluruh dunia terutama pencinta alam sekitar," katanya.

Azman secara peribadi berkata sebarang isu yang mungkin dijadikan bahan kempen oleh parti pembangkang dalam PRN ini terutama isu 'luar' tidak akan berhasil kerana rakyat Sarawak hanya mementingkan isu tempatan. 

Pada PRN ke-10 yang diadakan 16 April 2011, BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, DAP 11, PKR tiga, manakala Bebas dua.

Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Sarawak, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember tahun lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri meningkat kepada 82.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Azman Ujang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan