Dr Zakir Naik Bijak, Tidak Promosi Keganasan - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai seorang yang bijak sambil menafikan ilmuan Islam itu mempromosikan keganasan.

Ahmad Zahid berkata pemantauannya terhadap syarahan-syarahan Dr Zakir di beberapa negara serta tindakan Kanada dan United Kingdom tidak membenarkannya memasuki negara-negara berkenaan tidak memperlihatkan beliau mempromosikan keganasan.

"Ini semua saya ada maklumat yang diperoleh, tetapi beliau tidak bermaksud mempromosikan keganasan dan sebagainya. Kita melihat penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepadanya dua tahun lalu adalah kerana sumbangan beliau terhadap agama Islam.

"Cuma beliau dilihat seolah-olah mempertikaikan agama lain. Kajian beliau adalah mengenai perbandingan agama dan walaupun beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau adalah terhadap menyampaikan pengetahuan mengenai agama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sasaran Penting peringkat Kebangsaan 2016, di sini pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendirian kerajaan dalam memberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada penceramah tersebut yang dituduh mempromosi keganasan.

Ahmad Zahid berkata Dr Zakir, 50, akan membuat kunjungan hormat ke atasnya esok.

Dr Zakir yang sedang mengadakan lawatan ke negara ini untuk menyampaikan ceramah agama telah didakwa oleh beberapa pihak menggugat kententeraman awam dan  menyentuh sensitiviti agama lain.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pembatalan forumnya bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam', di Melaka, Ahad ini, bagi mengelakkan majlis tersebut tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membenarkan Dr Zakir meneruskan ceramahnya di UteM pada Ahad ini, namun perlu menukar tajuk syarahannya.

Syarahan umum Dr Zakir yang dijadual diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka diteruskan dengan tajuk baharu iaitu mengenai 'Women's Rights In Islam'.

Pada Ahad lepas, Dr Zakir menyampaikan ceramah di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu dengan dihadiri lebih 30,000 orang, dan Sabtu ini akan menyampaikan ceramahnya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini.

Pengasas Islamic Research Foundation (IRF) itu, yang merupakan seorang doktor perubatan sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan