Program Latih Bakal Juara Di Usia Muda Perlu Diperhebat - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 11:34 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati semasa hadir pada majlis Anugerah Persatuan Penulis - Penulis Sukan Malaysia (SAM) - 100plus 2015 Rabu malam. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua, kanan) dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program latihan sistematik dan bersepadu bagi melatih bakal-bakal juara sejak peringkat usia muda perlu diperhebatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata usaha pencarian bakat-bakat muda ini perlu dilakukan di seluruh negara dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

"Kita mempunyai contoh bagaimana bakat terpendam seperti (penerjun Olimpik negara) Pandelela Rinong yang berasal daripada masyarakat Bidayuh di Bau, Sarawak yang dilatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil, menjadi antara yang terbaik dalam sukan terjun di peringkat antarabangsa.

"Begitu juga saudara Khairul (Idham Pawi) yang saya difahamkan bermula (berjinak dengan dunia permotoran) pada usia 12 tahun," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2015 di sebuah hotel di sini, Rabu malam.Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata lebih ramai pakar pencari bakat perlu diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di seluruh negara.

Untuk rekod, Khairul Idham, 17, mencipta sejarah menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi kategori Moto3 pada Kejuaraan MotoGP Dunia di Argentina, awal bulan ini.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri yakin kontinjen negara mampu menjadi juara keseluruhan ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Keyakinan berkenaan berdasarkan pencapaian cemerlang kontinjen negara selepas mengutip 186 pingat keseluruhan pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

"Saya juga meletakkan kepercayaan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan Majlis Olimpik Malaysia untuk memastikan penganjuran Sukan SEA terbaik mampu dihasilkan (sekali gus) menepati tema Sukan SEA -'Rising Together'- sebagai platform kebangkitan Malaysia dalam medan sukan antarabangsa," kata Ahmad Zahid.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid menyampaikan trofi anugerah Atlet Terbaik SAM 2015 dan wang tunai RM10,000 kepada penerjun Olimpik negara, Pandelela Rinong.

Pengurus Besar Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Yan Kong Lee mewakili Pandelela menerima trofi berkenaan memandangkan atlet kelahiran Sarawak itu sedang menyertai Kejohanan Siri Terjun Dunia Ketiga FINA di Windsor, Kanada.

Ia merupakan gelaran ketiga yang diraih pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu setelah memenangi anugerah yang sama pada 2010 dan 2012.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Lokman Hakim Ali.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , SAM-100Plus

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan