Pelanggan Serbu Pejabat Rayani Air Dalam Keadaan 'Tidak Gembira'

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 9:21 AM

Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air di Seksyen 15, Shah Alam, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Melihat orang ramai yang beratur panjang, anda mungkin terfikir bahawa mereka mahu mendapatkan telefon pintar keluaran terbaharu, tetapi barisan panjang itu sebenarnya terdiri daripada kumpulan pelanggan yang tidak gembira berada di situ.

Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air di Seksyen 15 di sini, Selasa, menurut syarikat penerbangan itu.

Pelanggan-pelanggan itu berada di sini untuk menuntut bayaran balik dan kini perlu 'mencari jalan' baharu untuk sampai ke destinasi mereka selepas syarikat penerbangan itu digantung selama tiga bulan.

Bagi yang bernasib baik, mereka dapat duduk di kerusi dan meja untuk mengisi borang dalam pejabat Rayani Air bersaiz kecil itu, manakala yang lain terpaksa berpuas hati dengan lantai simen di luar pejabat yang terletak di tingkat dua bangunan.

Bagaimanapun, rata-rata yang datang ke situ memberitahu The Star bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan syarikat penerbangan itu dalam membuat bayaran balik kepada mereka.

"Mereka menunjukkan kekesalan dan memohon maaf," kata seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Safuan.

Beliau telah menempah tiket untuk pulang ke Kota Kinabalu pada Hari Raya dan berkata beliau mungkin perlu menunggu sehingga 20 hari untuk syarikat penerbangan itu membuat bayaran balik.

"Mereka sangat sabar dan memahami. Tetapi jika anda tanya saya sama ada saya mahu terbang dengan mereka sekali lagi, mungkin tidak. Mereka telah menimbulkan banyak masalah kepada saya," katanya.

Bagi pelanggan Fazlee Abdullah, ini adalah kali ketiga beliau perlu bertemu dengan kakitangan perkhidmatan syarikat penerbangan itu berhubung masalah penerbangannya.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk memberi peluang lain kepada syarikat berkenaan.

"Mereka masih baru, jadi mungkin kita perlu faham," katanya.

Nik Azida Nik Mahmood dari Kelantan pula berang dan mendakwa perkhidmatan pelanggan di sini tidak akan membayar balik tiket RM750 dalam bentuk wang tunai seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"Dalam berita mereka kata saya boleh dapat bayaran balik dalam bentuk wang tunai tetapi sekarang saya perlu menunggu selama 30 hari bagi untuk mereka memindahkannya ke akaun bank saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Rayani Air , pelanggan , bayaran balik

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan