LHDN Kutip RM4.47 Bilion Cukai Yang Diaudit

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperoleh RM4.47 bilion jumlah cukai yang ditaksir daripada 1.8 juta kes yang diaudit bagi tahun 2014.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN Datuk Sabin Samitah berkata jumlah kutipan berkenaan meliputi cukai dan penalti bagi kes syarikat dan juga bukan syarikat yang diaudit bagi memastikan cukai dibayar secukupnya.

Beliau berkata bagi 2013, sejumlah RM5.04 bilion dipungut LHDN daripada cukai yang telah ditaksir daripada 1.7 juta kes yang diaudit pada tahun tersebut.

Bagi 2012, sejumlah RM3.30 bilion dikutip daripada cukai yang ditaksir untuk 1.9 juta kes yang diaudit.

"Walaupun jumlah kutipan tidak sama, namun kami boleh lihat dari segi patuh cukai yang meningkat. Ia berbeza, kalau bilangan kes bertambah, pendapatan tidak semestinya bertambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kunjungan Mesra Hasil (KMH) Peringkat Nasional Bil 1/2016 di sini, Rabu.

Sementara itu, Sabin berkata LHDN berharap harga minyak dunia tidak terus jatuh kerana ia boleh menjejaskan pendapatan cukai LHDN bagi tahun 2016.

"Sasaran jumlah kasar kutipan cukai kita untuk 2016 ialah sebanyak RM124 bilion, namun sekiranya harga minyak dunia jatuh sehingga US$30 atau US$40 setong, ini pasti akan menjejaskan sasaran kutipan cukai kita," katanya.

Mengulas lanjut mengenai KMH yang berlangsung dari 11 hingga 14 April, Sabin berkata pihaknya akan mengunjungi 108 syarikat di sekitar Lembah Klang yang didapati cuba untuk mengelak membayar cukai.

"Kes yang dipilih ini merupakan kes-kes gagal patuh untuk mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Mereka ini ada nombor pendapatan cukai tetapi tidak ada maklumat lengkap.

"Kami dapat maklumat mengenai syarikat mereka daripada pihak ketiga dan kemungkinan mereka masih beroperasi. Saya tekankan ada banyak sebab kenapa mereka tidak membayar cukai, termasuk mungkin sudah menghentikan operasi," katanya.

Berdasarkan rekod, kira-kira 25 hingga 30 peratus syarikat di seluruh negara masih gagal memulangkan borang nyata cukai pendapatan bagi tahun 2012 hingga 2015. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan